Tuesday, October 26, 2010

Hijrah

Hijrah suatu perpindahan dari satu tempat atau pertukaran dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Ini berdasarkan dari hadis Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud).

Thursday, June 17, 2010

True Beauty..



Setiap orang dengan persepsi masing-masing. Bagi ku 'True Beauty' ani datangnya dari keluhuran, kemurnian, ketulusan, kejujuran, keikhlasan dari hati seseorang. Kalau lah sikap ani ada pada seseorang akan terpancarlah kecantikannya walaupun pada fizikal rupanya seseorang atu inda seberapa cantik. Ada setengah orang menilai 'True Beauty' ani melalui wajah yang asli tanpa secalit makeup dan ada juga mengatakan kecantikan atu kerana pemakaian makeup.
Pakaitah makeup maha atau tabal-tabal sekalipun kalau fizikal rupanya inda lawa, payah saja nya orang katani berucap, tapi ada jua orang inda payah bergaya mahal-mahal pun masih jua nampak lawanya. Jadi apatah pendapat abiskita mengenai 'True Beauty' ani?

Monday, March 01, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Tahun baru 2010 sudah berlalu, awal Muharram 1431H, Tahun Baru Cina , Hari Kemerdekaan yang ke 26 tahun pun juga sudah berlalu, dan baru-baru ani 27hb Februari 2010 Sambutan Maulud Nabi disambut.. inda terasa masa berlalu pantas..pejam celik pejam celik hari berganti hari.. yang lepas inda akan berundur yang akan dihadapi hari esok kemudian..ketani inda tahu apa akan dihadapi *dikandila hari..kalau dikira dalam kiraan Hijrah jauh jua sudah kewafatan nabi terakhir ketani ani berlalu..Dunia semakin jauh meninggalkan ketani malah semakin dekat hingga penghujungnya..

Allahu Akhbar..baru berapa jam berlalu selepas mendengar berita pukul 10pm tadi mengenai gempa bumi yang berlaku di Chile dengan magnitude 8.8 skala richter yang menyebabkan Tsunami terjadi. "The wave killed several people on a Chilean island but caused little damage in other countries, after precautionary evacuations of hundreds of thousands of people, On the other side of the Pacific, Japan's northeastern coast registered waves of up to 4 feet.

Hundreds of thousands of people in Japan, New Zealand, the Philippines and Russia's far eastern Kamchatka Peninsula were told to evacuate after the quake but there were no reports of damage.". Laporan dari polis Chile mengatakan lebih dari 100 orang dilaporkan telah mati..

Adakah ini masih belum dapat membuka mata abiskita betapa dunia semakin hari mendekati akhirat..sebelum Chile, beberapa minggu/bulan Haiti juga menghadapi hal yang sama..Masih belum lambat lagi untuk ketani bertaubat..Oleh atu mulakan lah untuk mendekati Allah..Sebelum mengundur diri tidak lupa ingin ku mengucapkan dan rasanya belum terlambat lagi untuk menyampaikan Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul..Sekian..


*Kemudian hari

Search