Hijrah suatu perpindahan dari satu tempat atau pertukaran dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Ini berdasarkan dari hadis Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud).