Assalamualaikum, rasa-rasanya sudah dua tahun lebih tidak aktif dalam blogging ani, since malam ni inda dapat tidur so apalagi membuka-buka web sehingga teringat akan blog-blog lama ku. So jam sudah menunjukkan sudah masuk 3.02am, ingin ku menyambung cerita yang telah lama tertunda. Sepanjang dua tahun menghilang dari update blog ani, banyak cerita dan perkara yang tertinggal antaranya penghijrahan diriku, yang banyak memberiku kesedaran akan nikmat Nya dan suka duka dalam pekerjaan dan kehidupanku.
Tahun 2012 sahaja antara tahun paling banyak travelling, antara negeri ASEAN yang telah ku pergi seperti Malaysia, Thailand dan Philipines. kekerapan pergi melancong kenegara Malaysia menambahkan kawan-kawan baru. Sejak 2011 lagi ku kerap pergi Malaysia. Kepergianku ke Malaysia bertemankan ramai kawan-kawan dari Brunei. Antara tujuan pergi Malaysia adalah jalan-jalan cari makan. Kali terakhir melancong ke Malaysia dibulan November kerana awal tahun 2013 ani saja kami sudah sampai melancong ke Singapura.
Pada 7hb Januari lepas, aku dan kawan-kawanku pergi Singapura melalui dari Malaysia. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa inda saja terus dari Brunei ke Singapura? Cerita nya begini, aku adalah antara orang yang paling awal membeli tiket Brunei ulang alik ke Malaysia dengan harga yang murah $170.50. Pada awal planning cuma hendak pergi Malaysia saja, tapi di akhir planning berubah untuk pergi Singapura selama 4 hari 3 malam kemudian bermalam di Johor Malaysia selama 3 hari 2 malam dan seterusnya pergi Kuala Lumpur untuk 3 hari 2 malam. Ok berbalik pada cerita mengapa perubahan berlaku? Oleh kerana ramai kawan ikut kali ani, ada yang mencadangkan untuk pergi Singapura disebabkan kami sudah kerap kali makan angin ke negara Malaysia. Pada mulanya aku berasa berat hati dengan cadangan bisdurang memandangkan mereka mencadangkan untuk menggunakan penerbangan AirAsia untuk pergi Singapura melalui Malaysia. Aku memang sejak awal lagi inda ingin menggunakan penerbangan AirAsia memandangkan kerap kali mendengar berita negative tentang maintenance khidmat penerbangan tersebut.
Dipendekkan cerita, aku pun bersetuju untuk memakai khidmat penerbangan AirAsia ani untuk pertama kalinya. Sebelum dan sepanjang perjalanan kami untuk pergi Malaysia dan Singapura ani, hati ani sentiasa berdebar dan inda nyaman rasa. Malam sebelum belayar, aku inda pernah terlebih gelisah untuk packing baju dan segala barang persediaan untuk dibawa pergi, kekerapan ku membuka tutup beg luggage seperti satu petanda inda baik tambahan pada asalnya kediaku berasa iski dan inda sabar untuk menggunakan beg luggage baruku untuk penerbangan pertama tahun baruku menjadi salah satu kenangan duka. Antara bakal ku kenang sampai bila-bila tahun baru menjadi travelling yang membuat ku gembira dalam sedih bilamana beg luggage ku hilang bila kami tiba di Airport Changi. Petanda kedua sebelum beg luggage ku hilang bilamana dalam perjalanan untuk menuju ke pesawat kapal terbang AirAsia, kami terpaksa melintas satu kawasan dimana beg-beg penumpang AirAsia sedia untuk dibawa masuk kedalam pesawat kapal terbang. Disana ku terlihat seperti beg kami sedang dibawa dalam pengangkutan khas untuk beg-beg menuju ke pesawat. "tu nah beg ketani" nyangku arah kawan-kawanku sambil meneruskan perjalanan menuju kepesawat kapal terbang ani.
Bila sekian lama ku menunggu beg ku inda timbul-timbul di conveyor belt, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat laporan kekaunter AirAsia untuk report lost. hampir dua jam kami berada di Airport Changi untuk menguruskan kehilangan beg ani. Setelah keputusannya beg masih inda dijumpai, akhirnya kami pergi kehotel dalam sejarah ku belayar sehelai sepinggang. Malam atu aku tidur dengam meminjam pakaian dari anak buah kawanku. Nasiblah kami punya saiz pakaian yang lebih kurang sama. Sedihnya hanya kepada Allah SWT sahaja ku berserah dan redha dengan ujianNya. Mungkin Dia menduga ku agar inda lupa denganNya walaupun kami sedang bergembira. Riuh jua eh kawan-kawanku mengenai kehilangan beg atu, simpati dari kawan-kawan inda putus-putus. Kini, keputusan dan kebenaran cerita negative mengenai Syarikat Penerbangan AirAsia telah nyata. Ku sumpahkan inilah yang pertama dan terakhir ku menggunakan khidmat penerbangan tersebut melainkan kemungkinan besar perkara yang inda dapat dielakkan. Sepanjang kami berada diSingapura kesedihan ku sembunyikan dengan senyuman dan bergembira di USS (Universal Studio Singapura) kehilangan beg dan kesedihan atu melibatkan sedikit sebanyak duit emergency yang ku simpan dalam beg luggage hilang atu.
Mood rancangan untuk jalan-jalan cari makan berubah dengan mood jalan-jalan beli pakaian. Banyak baju kesayangan dan mahal ku bawa atu hilang. Mungkin Allah SWT menguji kesabaran ku masa atu. Setiap kali menelefon kaunter AirAsia memang aku bercakap dengan nada rendah kerana aku inda biasa berbicara kasar melainkan mood ku benar-benar marah. Apa yang ku pasti, mood ku adalah kecewa dan hampa. Berulang kali kami memikirkan bagaimana boleh kehilangan atu terjadi. Bermacam-macam andaian diutarakan. Kalau dikatakan orang tersalah ambil, inda mungkin sebab kami adalah orang yang pertama sampai ke conveyor belt atu, lagipun beg atu ku pakaikan name tag. Inda mungkin orang tersalah ambil. Satu lagi kemungkinan yang inda boleh terjadi sebab beg atu kupakaikan sarong khas untuk menjaga kesempurnaan beg atu dari dijahanamkan oleh mana-mana petugas yang cuai ketika memasuk dan mengeluarkan beg luggage tersebut dari kargo pesawat.
Semalam, setelah lebih dari 14 hari kehilangan beg tersebut, wakil dari syarikat penerbangan AirAsia menelefon untuk membuat declare lost dan berhajat untuk membuat compensation keatas kehilangan tersebut. Hati ani masih lagi kurang ceria mendengar walaupun bakal diganti rugi dari syarikat tersebut memandangkan nilai ganti rugi atu inda ternilai dengan semua isi dalam beg tersebut termasuk harga beg luggage atu jua. Kalau dinilai dari segi harga keseluruhannya melebihi 6 kali ganda dari harga tiket yang konon nya murah dan dibangga-banggakan oleh orang ramai. (Nada marah mengejek ehehe).
So apa pendapat biskita mengenai hal ani? adakah ani mungkin kebetulan nasib menimpa diriku atau kecuaian internal? apa-apa pun, bukan aku sahaja yang hilang beg masa atu, selepas sejam ku membuat laporan kehilangan dikaunter tersebut, sepasang warga Indonesia dari Bandung jua melaporkan kehilangan beg mereka. Bagi yang ingin meneruskan menggunakan khidmat syarikat tersebut teruskan sahaja, tapi bagi ku inda akan pernah terjadi lagi. Sekian untuk penutup cerita bagi awal tahun 2013/1434 ku. Wassalam