Zulhijjah 1439H
Sudah hampir 5 tahun inda mengisi ruangan ani.. Tiba-tiba ari ni terasa rindu kan becerita.. hari ani 20hb Ogos, 2018 bersamaan 08hb. zulhijjah 1439H, yang mana dua hari lagi menyambut Hariraya Aidiladha..
Sepanjang 5 tahun berlalu, pelbagai cerita dan kenangan yang ku lalui.. Pahit manis liku-liku kehidupan yang telah ku hadapi.. Perginya salah seorang insan yang sangat ku sayangi pada tahun 2013 iaitu ibu saudara yang ku anggap seperti indung bini kedua selepas babu.. Kini babu tinggal keseorangan yang hanya bertemankan kediaku untuk terus melalui liku-liku kehidupan. Sakit demam nya kini aku seorang sahaja yang menjaganya. Jika dulu, ibu saudaraku atau lebih dikenali dengan gelaran "Asai" akan membantu kediaku untuk meliat-liatkan keadaan & kesihatan babu. Tapi kini, Asai sudah tiada lagi untuk bersama kami. Setahun selepas pemergian nya, Salah seorang lagi ibu saudara ku yang dikenali sebagai "Usu Bini" mengikuti jejaknya. Pemergian beliau tidaklah seberapa besar impak dengan pemergian Asai.
Tahun seterusnya lagi, salah seorang kakak kepada sahabatku yang ku kenali sebagai "Yati" juga telah kembali ke Rahmatullah dan seterusnya lagi seorang sahabat atau lebih dikenali sebagai "Ka Juana" juga dijemput Allah.. Pemergian beliau membagi kejutan keatas diriku dengan membuatku berasa sedih.. Ka Juana yang ku kenali sewaktu mengikuti Darussyifa dan sahabat baik kepada kakak sepupuku adalah seorang yang sangat baik dan peramah.. Kami pernah berjanji untuk keluar minum bersama, tapi hajat kami inda kesampaian.. Beliau yang meninggal kerana kes Darah Berkuman. Beliau pergi tanpa kata.. Aku hanya mengetahui sehari selepas pemergiannya.. Dalam berapa bulan selepas atu, aku dikejutkan lagi dengan pemergian Tuan Guru kami, iaitu Tuan Guru Datuk Harun Din. Seorang ahli ulamak terkenal diMalaysia. Ya Allah, hanya pada Tuhan ku mengadu kesedihan masa atu. Bermula dari pemergian Tuan Guru atulah aku mula berkabung untuk inda berapa aktif lagi dalam ruangan Facebook. Di Facebook aku boleh berhubung dengan anak-anak Tuan Guru. Hanya sekali dua sahaja ku melawat akaun Facebook ku atu untuk mengetahui update terkini.
Kini setelah hampir 5 tahun, baru tah ku masuk ruangan ani untuk mengisi dan berkongsi cerita.