Friday, January 10, 2020

2020

Selepas dua tahun barutah ku membuka blog ani semula, kali terakhir blog ani dikemaskini pada tahun 2018. Banyak kenangan pahit manis dilalui dalam tempoh tersebut. Sehingga kini, aku lebih cuba untuk melupakan mana-mana kenangan yang pahit. Tapi terkadang aku sendiri melupai terus kenangan-kenangan tersebut. Antara kenangan yang sehingga kini masih terpahat dalam ingatan, apabila keluarga ku yang sebenar cuba untuk menjejak pencarian diriku dilaman sesawang facebook pada hujung tahun 2018. Penjejakan atau pencarian keluarga menjadi viral sehingga applikasi whatsapp, instagram & facebook ku dipenuhi dengan berita tersebut.

Perasaan ku? Sukar untuk ku meluahkan apa jenis perasaan yang ku rasakan ketika atu. Gembira? Sedih? Terkejut? Entah.. Seperti rasa kosong..Mungkin aku lebih terbiasa dengan hidup dalam lingkungan keluarga yang kecil. Yang mana hanya aku, Babu & Arwah Asai sahaja ketika atu..Ketika arwah Asai inda lagi ada, keadaan kami lagi bertambah sunyi. Babu kurang berinteraksi, cuma kekadang akan bercerita denganku bila kami sama-sama menonton tv.

Hari ini, hatiku berasa sebak dan terharu bila melihat Babu yang sudah dimamah usia. Alhamdulillah dalam usianya 82 tahun, Babu masih lagi mempunyai ingatan yang bagus, cuma pendengaran dan kudrat nya sudah berkurangan. air mataku mengalir deras menatap wajah babu seperti aku akan merindui wajahnya suatu hari nanti. Ku kucup dahi dan tangan nya tanpa sebarang kata dan ucapan, kerana ku inda mampu untuk meluahkan perasaan kasih dan kesal ku kepadanya. Kesal yang ku maksudkan disini adalah perasaanku yang terkadang aku kurang memberi layanan perhatian kepadanya, kurang meluangkan masa bersamanya kerana aku adalah seorang jenis yang suka menyendiri dengan menyibukkan hari-hariku dengan pekerjaan. Aku berasa kagum dengan kecekalan dan ketabahan Babu ketika ia mengasuh dan membesarkan diri ani dengan kasih sayangnya. Kerinduanku kepada kenangan lalu terlalu tebal dalam jiwa ani. terasa kan ingin balik kemasa silam untuk bersamanya lagi. Seminggu dua ani, aku terlalu beremosi. Emosi dan perasaan sayu dan rindu kepada kenangan lalu kami bersama. Malam semalam kami meluangkan masa mengambil gambar 'selfie' bersama. Akan ku abadikan gambar kenangan atu. Aku baru terperasan yang kami berdua jarang mengambil gambar bersama. Setiap kali Raya Aidilfitri, hanya abisdurang PaUdin sekeluarga sahaja yang selalu bergambar bersama Babu.

Pernah suatu ketika di tahun 1986, aku terpahat dalam ingatanku ketika berada didalam kelas. Waktu atu, kelas kami berada di tingkat  satu. Kedudukan meja dudukku didalam kelas tersebut memang  berdekatan dengan jendela yang menghadap ke dewan makan sekolah. Aku memandang kedewan tersebut dengan hati sayu dan rindu apabila melihat Babu sedang menyusun cawan bagi persediaan untuk kami rehat makan jam 9.30 pagi. Babu memang bekerja sebagai Tukang Masak disekolah yang sama denganku. Dalam ku asyik melihat Babu dibawah atu, Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara. "Sadang dilat mamamu dibawah atu, inda ia lari kemana-mana tu.." Rupa-rupanya Cikgu Mohamad, Guru Bahasa Melayu kami memberi teguran keatasku kerana terlalai ketika ia mengajar..

Ok lah.. setakat disini saja ku bercerita.. Jam pun sudah menunjukkan 3.53 pagi. kepala ani terasa berat untuk berehat. Insyaa Allah, kalau ada kesempatan ketani sambung lagi cerita & perjalanan harian ku. Sekian.


Search